Marah Mesti Ada Had

Hari ni....Khamis. Hari Batik Sedunia. Baju yang akak pakai hari nie kain corak batik warna hitam putih, bercorak ala-ala harimau rimba (itu yang kawan cakap sebentar tadi...adooiii...) datang mari dari Serikin, masa tu akak beli 4 meter cukup-cukup untuk dibuat baju kurung pahang, muat lengkap, padat dan gebu, kiut miut dibadan akak yang dah menawan nie..(hihiii....memang sengaja nak angkat bakul sendiri sebab nak tunggu orang angkatkan, lambat sangat....).

Kain dah senada sedondon dengan bulu harimau, akak rasa kan....nak marah setanding dengan harimau jugak. Iye...memang akak marah sangat hari nie dengan orang yang dah bulat-bulat buat janji dan ber'plan' nak pergi ke suatu tempat hujung minggu nie, tapi dicancelkan....!! Mau tak marah??

Tapi, demi...demi...demi...menjaga hati, menjaga harga diri, menjaga segala-galanya, aku simpan sahaja kemarahan ku yang kian membara dan 'ngeredak' ni. Biar pun kalau nak meletup, meletuplah sorang-sorang...taknak libatkan orang lain yang tiada kaitan. Issshhh.....

Sabar....kena sabar sentiasa...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan