Cinta Cikgu Razman 2


Atas permintaan seorang sahabat...
episod ke 2 Cinta Cikgu Razman telah bersambung untuk kali ini.
Sememangnya dalam perancangan episod ke 2 ini akan diterbitkan cuma masa belum dapat ditentukan. Mohon maaf atas kesulitan dan kelewatan.
Terima Kasih dan teruskan membaca...
***************************************************

Fatihah


Ternyata Fatihah memang ada menyimpan satu cerita peribadinya. Secara tidak sengaja pada petang Jumaat itu Fatihah tiba-tiba menyebut tentang seseorang yang bernama Maliki. Fatihah dan Maliki berkawan sejak dari bangku sekolah menengah sehingga hari ini.Maliki satu kampung dengan Fatihah. Dulu hanya berkawan biasa sahaja. Menurut cerita Fatihah, dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Maliki sejak setahun yang lalu.Oh…rupa-rupanya Fatihah sudah menjadi tunangan orang. Ketatnya rahsia ini disimpan oleh Fatihah dari pengetahuan aku dan Samantha. Apapun, itu hak Fatihah sendiri. Tiada sebab untuk aku dan Samantha memaksanya agar memberitahu kepada semua cerita pertunangannya itu. Alhamdulillah…semoga pertunangan Fatihah dan Maliki kekal hingga ke jinjang pelamin. Amin.

“Sebenarnya aku nak putuskan pertunangan aku dengan Maliki”. Kata-kata Fatihah cukup mengejutkan aku. Kalau Samantha ada sama ketika itu, tidak dapat ku bayangkan betapa marahnya Samantha kepada Fatihah. Antara aku dan Samantha, sungguh ketara tahap kesabarannya bila berhadapan dengan situasi begini. Kami bertiga sudah seperti adik beradik, rapat seperti isi dengan kuku. Setiap masalah kami cuba selesaikan bersama.
“Kenapa Fati, apa yang telah Maliki buat sehingga kau sanggup nak putuskan…? Aku memberanikan diri bertanya walaupun ku tahu amat berat untuk Fatihah menjelaskannya.
Mulanya Fatihah hanya berdiam diri seolah-olah tidak mahu berkata apa-apa seperti kebiasaannya. Dia hanya membelakangi aku sambil matanya merenung jauh ke luar tingkap. Cerita Fatihah bermula dengan suara yang agak sarat.



Seperti apa yang Fatihah ceritakan, sebenarnya Maliki tidak berbuat salah apa-apa terhadap dirinya. Maliki cukup baik dan sempurna. Fatihah mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangan itu adalah disebabkan dia sudah tidak mencintai Maliki lagi.Fatihah dengan tidak segan silu mengaku dihadapan aku mengatakan didalam masa yang sama dia telah menjalin cinta dengan lelaki lain bernama Azizi. Oh, tidak…! Rupanya Fatihah yang berlaku curang dan bukannya Maliki seperti yang aku sangkakan pada mulanya.
“Aku sudah nekad bahawa Azizi adalah pilihan hati aku”. Fatihah menyambung.
“Kalau itu keputusan kau Fatihah, aku tiada hak untuk melarang. Kalau kau rasa Azizi lebih layak untuk bertakhta di hati kau, teruskanlah…”. Aku bersuara lagi. Sedaya upaya akucuba mengatur kata-kata yang aku harapkan agar tidak mengguris hati Fatihah.
“Aku harap kau dapat rahsiakan perkara ini dari pengetahuan Sam, aku tidak mahu dia tahu. Aku harap kau faham keadaan aku, Lia…”. Kata Fatihah.
“Insya’allah, aku cuba Fati. Tapi, kau harus ingat didalam rumah ini kita bertiga sudah seperti adik-beradik dan pernah berjanji tidak akan berahsia walau dalam apa jua keadaan dan masalah. Sam sudah aku anggap seperti kakak aku sendiri”. Kata-kata itu yang terkeluar dari mulutku. Fatihah hanya membisu mendengar kata-kata ku. Wajah Fatihah semakin ketara menampakkan rasa kekeliruan yang agak menebal. Memilih samaada untuk memberitahu atau tidak perkara ini kepada Samantha ternyata membuatkan Fatihah menjadi hilang akal.
“Aku tak mahu jadi seperti kau Lia… cerita kau putus tunang 2 tahun yang lalu telah menjadi perbualan hangat di sekolah kita ni. Kau tak malu ke… sana sini staf-staf kita asyik sebut nama kau?” Bagaikan tamparan yang maha hebat singgah ke pipi. Kenapa Fatihah tiba-tiba mengimbas kenangan itu? Apa kaitan kisah silam aku 2 tahun yang lalu sehingga Fatihah sanggup mengungkit.
Aku tinggalkan Fatihah tanpa sebarang bicara. Rasa kesal dan terkilan yang menyelubungi hati semakin menusuk. Aku sungguh tidak menyangka Fatihah sanggup berkata begitu.
Semalaman tidur ku tidak lena. Aku merasakan tindakan Fatihah seolah-olah telah merobek jantung hati aku sendiri dan bukannya hati Maliki. Apa kaitannya keputusan Fatihah kepada aku sehingga aku merasakan begitu? Apakah kerana sejarah silam hidup aku 2 tahun yang lalu menjadikan aku tiba-tiba membenci keputusan Fatihah? Lebih-lebih lagi bila Fatihah tiba-tiba mengungkit perkara itu dihadapan aku sendiri.


September 2001
Iya, aku mengaku aku memang pernah bertunang dengan seorang hamba Allah yang bernama Adam. Pada tarikh inilah Adam menghantar SMS kepada aku dengan mengatakan dia ingin memutuskan pertunangan kami. Seperti juga perempuan-perempuan lain di dunia ini yang memerlukan cinta, kasih dan sayang dari seorang lelaki, begitu juga aku. Tapi tidak dapat dinafikan bahawa ketentuan Tuhan yang sebenarnya adalah yang tepat untuk kita. Kita hanya merancang tapi DIA jua yang menentukan. Kita semestinya ingin bahagia dan mahukan perhubungan bersama orang tersayang kita kekal hingga akhir hayat. Tetapi, mampukah kita menetapkan itu semua, sedangkan hakikatnya ada lagi yang lebih berhak untuk menentukannya iaitu Allah s.w.t.
Aku menerima keputusan Adam dengan redha walaupun sebenarnya aku terlalu kecewa. Aku terlalu kecewa dengan tindakannya yang memutuskan pertunangan kami dengan alasan dia telah terlanjur dengan seorang perempuan lain di tempat dia bekerja pada ketika itu. Menurutnya, dia terpaksa mengahwini perempuan itu kerana perempuan itu telah mengandung. Hati siapa yang tidak hancur kalau mendengar semua ini? Hati perempuan mana yang sanggup mendengar sahaja perkhabaran hitam ini tanpa menitiskan air mata? Hati siapa… hati siapa yang sanggup?
Mungkin hanya Fatihah yang tidak sedar betapa pedihnya hati aku ketika itu. Dengan sewenang-senangnya Fatihah berkata aku tidak tahu malu kerana dijadikan bahan bualan staf-staf di sekolah ini hanya kerana aku putus tunang. Hinakah perempuan seperti aku? Jijik kah perempuan seperti aku setelah aku ‘dibuang’ oleh Adam? Memang aku berasa malu selepas peristiwa ini. Begitu juga keluargaku. Tetapi, apa yang mampu aku buat? Aku tahu, ada sahaja orang sekeliling akan menuduh aku yang menjadi punca semua ini. Aku sedar mereka-mereka semua akan meletakkan aku sebagai pesalah didalam hal ini.

Cakaplah…tuduhlah setakat mana yang mereka mahu, aku tidak akan pernah tunduk dengan tuduhan yang tidak berasas mereka itu. Aku lebih tahu siapa yang benar dan siapa yang salah. Aku sedar aku telah berpijak dibumi yang nyata. Mereka hanya tahu berkata-kata dan menuduh tanpa tahu hal sebenar.

Akan bersambung lagi, tungguuuu.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan