Coretan Lesu 'Teratak Indah' Di Pagi Selasa

Hari ini hari Selasa, 22 Mac 2011 bersamaan dengan 17 Rabiulakhir 1432H

Assalammualaikum w.b.t dan Salam 1Malaysia..!

Fikiran kalut sebenarnya...ditambah dengan kemalasan yang kian hangat, selasa aku rasakan seperti isnin pula.

Menjenguk laman kecintaan ku pagi ini sebentar, ku kira ingin menggilap apa yang sudah kian berbalam, harap semuanya tidak akan berterusan.
Amin.


Beberapa hari ni, kesibukan yang menggila hampir setiap hari. Ok sikit la minggu lepas sebab cuti sekolah...masa ni boleh bahagikan masa untuk rutin harian di rumah, kerja di sekolah dan kerja-kerja mengemas di rumah baru.


**Pic nie diambil masa kerja ngecat mengecat ruang tamu dijalankan, waaa....! Colour tuu...akak yang pilih. Canteekkk sesangat..!!! (orang tak puji pun akak tetap syok sendiri...)

Bukan senang nak buat rumah. Akak tak payah cerita pun, ramai kekawan yang tahu dan faham dan ramai yang sudah merasa sebelum akak merasa 'kesusahan'nya...

Tapi,

Alhamdulillah...berkat usaha serta kesabaran yang kuat kita sama-sama berjaya memiliki 'Teratak Indah' kita sendiri. Walaupun tidak secantik dan segah atau semewah seperti rumah-rumah orang lain....

akak tetap BERSYUKUR.

Nanti..akak akan upload pic-pic terkini 'Teratak Indah' untuk tatapan sewangi pandangan di laman kecintaan ku ini.

Orait....Terima kasih

Assalammualaikum..

"ini coretan pendek yang LESU dari Kak Jul....sungguh lesu di pagi Selasa ini..."






Tiada ulasan:

Catat Ulasan