Telur Tiruan Dan Air Soya Ludah

Oh Telur
Sejak berita tentang telur tiruan tersebar saya pun jadi takut nak beli telur.  Tambah lagi anak-anak memang suka sangat makan telur.  Dalam seminggu kalau tidak dihidangkan telur diatas meja mesti anak-anak bertanya.  


Sehingga keluar pula berita yang sah daripada Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr. Abd Aziz Jamaluddin berkata pemeriksaan pihaknya mendapati tidak ada telur ayam tiruan dijual di pasaran negara ini.  


Baru lega sedikit hati saya tetapi dalam minggu ni telur belum ada dalam senarai barang dapur yang nak dibeli, emmm...



***Sedikit petikan daripada Berita Harian Online pada 12/04/2011 yang berkaitan :-


“Berdasarkan pemeriksaan juga, telur tiruan yang didakwa CAP minggu lalu adalah telur ayam berkualiti rendah yang ada kecacatan sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengguna dan dianggap telur ayam tiruan,” katanya pada sidang media ketika mengumumkan perkara itu, semalam.
Beliau berkata, penghasilan telur tiruan memerlukan kos yang tinggi dan tidak mungkin boleh dijual lebih rendah daripada telur ayam asli iaitu antara 32 sen hingga 25 sen sebiji mengikut gred. 

“Kita akan menyiasat bagaimana telur berkualiti rendah itu boleh dijual kepada orang ramai kerana selalunya telur seperti itu digunakan untuk keperluan industri tetapi bukan dijual kepada pengguna,” katanya. 

Berikutan kekeliruan itu, Dr Abd Aziz berkata, satu sistem pensijilan akreditasi akan diperkenalkan bagi memastikan telur ayam yang dijual di pasaran memenuhi piawaian ditetapkan. 

“Kita mahu apabila sistem ini diperkenalkan maklumat seperti gred telur, kod ladang, tarikh lupus dicetak pada setiap biji telur supaya pengguna tahu dan yakin mengenai kualiti telur dibeli. 
Semua 340 ladang ayam penelur juga akan wajibkan berdaftar dengan jabatan. 

Di KUALA LUMPUR, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata analisis ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia mengesahkan sampel telur yang didakwa telur tiruan di Pulau Pinang, adalah telur ayam. 

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan mengambil empat sampel telur yang didakwa telur tiruan itu dan menghantarnya ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi menentukan ketulenannya. 

“Berdasarkan keputusan analisis, didapati kandungan protein sampel telur berkenaan adalah sama dengan telur ayam. Analisis DNA mengesahkan sampel telur itu adalah telur ayam. 

“Kementerian berharap orang ramai tampil membuat aduan jika meragui ketulenan telur kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan. 



*** Biasa masak telur goreng dadar untuk anak-anak.  Makan bertambah-tambah nasi...sos dan kicap tak boleh lupa.
*** ini bukan telur dadar yang saya goreng ha....gambar ini adalah ehsan 
dari blog myresepi.


Soya Ludah


Saya dah tengok video ini dalam youtube berulang kali.  Di facebook pun ramai kawan yang tagged.  Dalam video ini kelihatan seorang peniaga perempuan yang menjual air soya 'seperti meludah' kedalam bungkusan air soya yang dijual kepada orang ramai.  


Saya tak tahu nak komen apa, tambahan lagi sebenarnya saya tak tahu minum air soya yang diproses terus begini.  Ha..!  Kalau soya bean milk yeo's less sugar dalam tin memang kegemaran no 1.




***p/s  Kalau nak minum air kacang soya buatlah sendiri dirumah. 

2 ulasan:

  1. terima kasih singgah di blog saya.
    Ada jugak dengar air ludah kacang soya tu. Tapi tak tahu pulak ada dalam youtube.
    Kalau betullah dia memang ludah, teruk betullah.

    BalasPadam
  2. memang ada dalam youtube nie..

    kita sama-sama tak pasti lah benda ni, tapi kalau betul...mohon org yg buat hal tu insaflah...

    BalasPadam