Cinta Suci Hanya Layak Untuk Dia Yang Tahu Menghargai

Menyusun kata untuk diluah kepada seseorang yang amat kita cinta bukan urusan mudah. Yang lebih payah jika apa yang ingin kita luahkan adalah melibatkan kata hati sendiri bahawa kita tidak mencintai.

Tidak kiralah samada ingin meluah kata cinta atau sebaliknya apa yang penting hati dan perasaan insan lain kita mesti jaga agar tidak terluka dan menderita.

Semua kita pernah bercinta, pernah menyintai, dicintai dan disakiti. Sekiranya dapat diputarkan semula putaran waktu itu pastinya kita tidak ingin tergolong dalam kumpulan-kumpulan insan yang telah dilukai hatinya. Semua kita ingin bahagia seperti orang lain. Tidak ada seorang pun didunia ini yang sanggup meminta untuk diletakkan sebaris dengan mereka-mereka yang telah remuk hatinya. Oh, tidak..


**Sila klik disini.

Jika kita ikhlas dan benar-benar menyinta, luahkanlah dengan seadanya kepada dia yang sepatutnya.

Dan, jika perlu untuk kita berkata benar bahawa dia bukan insan yang kita cinta, berkatalah dengan benar dan sejujurnya agar kita tidak terus menipu dan tidak menjadi pengkhianat cinta terhebat kepada seorang pencinta yang luhur dan suci hatinya.


Aku bukan pencinta yang terhebat. Juga bukan pejuang cinta yang terulung. Tetapi, aku juga adalah tergolong dalam senarai pencinta-pencinta yang pernah dikecewakan oleh seorang insan yang tidak tahu untuk menghargai. Aku faham bagaimana rasanya bila hati terluka. Aku tidak perlu membayangkan bagaimana sakitnya bila dikhianati kerana aku pernah mengalami. Cuma aku ingin dan mengidami sebuah cinta yang luhur dan teguh sampai ke mati.

Untuk memilih samada bercerai hidup atau mati...itu bukan kerja kita. Tetapi, tidak salah rasanya sekira diberi pilihan untuk kita memilih antara perpisahan hidup atau perpisahan mati. Mampukah kita untuk itu...?

Bercintalah dengan ikhlas dan jujur dengan pasangan kita.

Jika cinta katakan cinta.
Kalau benci katakan jua.

Janji ditabur biar dikota, jangan hanya manis dibibir tetapi kelat dihati. Kalau diri payah untuk meluah, apalagi insan lain yang dipaksa untuk menelan. Bayangkanlah, sekiranya dia ditempat kamu, dan kamu berada ditempatnya. Jika itu juga tidak mampu untuk membuka gerbang keikhlasan cinta yang ada dalam diri, maka nyatalah insan seperti itu memang tidak layak untuk dicintai dan menyintai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan