Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Berkuat Kuasa Pada 1 Mac 2012 - Adakah Wajar?

Pihak kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuatkuasa 1 Mac 2012. Dan keputusan Kabinet pada 2 Mac pula adalah bagi menangguhkan pengharaman penjualan botol susu polikarbonat bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak industri untuk menukar atau membeli mesin serta menggunakan bahan mentah sesuai bagi memenuhi peraturan baru itu.

Ramai pihak yang mempertikaikan keputusan kabinet itu dan menganggap keputusan itu adalah tidak wajar terutamanya golongan ibubapa kerana bimbang penjualan botol susu polikarbonat masih dijalankan walaupun Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah membuat pengumuman berikutan pengharaman penjualan botol susu berkenaan.

Kalau difikirkan, ada benarnya juga apa yang difikirkan oleh sebilangan pihak terutama ibubapa dan peniaga-peniaga. Kenapa perlu menunggu 2012 untuk melaksanakan pengharaman penjualan botol polikarbonat itu sedangkan ianya sudah diketahui akan mendatangkan kesan yang buruk. Dan sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu berkenaan adalah selamat digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

Sepatutnya, keputusan telah dibuat dengan serta merta selepas pengumuman itu bagi mengelak lebih ramai bayi dan kanak-kanak yang berisiko itu mendapat pelbagai penyakit. Jangan nanti akan timbul penyesalan dari banyak pihak tentang perkara ini bila nanti akan didapati ramai golongan berisiko itu telah dijangkiti penyakit yang tidak diingini.

Didalam akhbar dan stesen-stesen tv memang ada diumumkan tentang ciri-ciri botol susu lain yang lebih baik dan sesuai digunakan tetapi jika keputusan pengharaman itu masih ditangguh maka tidak mustahil para peniaga akan meneruskan penjualan botol susu tersebut. Dan yang masih dalam dilemanya pula adalah ibubapa yang seperti serba salah untuk mematuhi peraturan pihak kerajaan itu atau tidak. Mangsa keadaan juga adalah golongan bayi dan kanak-kanak.

Kita kongsi info dan terus membaca disini. Sila klik pautan dibawah :

Diharap pihak kerajaan dan badan-badan bertanggungjawab dapat membuat keputusan yang lebih cepat dan segera demi kepentingan banyak pihak terutamanya golongan kecil yang berisiko iaitu bayi dan kanak-kanak yang tidak dapat lari daripada menggunakan botol susu pada setiap masa.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan