Harap Semangat Itu Tidak Akan Hilang

Dah masuk bulan Mac, sejak dari bulan Februari lepas lagi cerita tentang PPG (Program Pensiswazahan Guru) masih menjadi topik utama. Sini situ sana sinun...mesti ada cerita-cerita ulangan yang tak henti-henti dibualkan. Adoii...kalau dah tiap hari asyik sebut hal yang sama, ulang-ulang cerita yang sama kita yang tiada kaitan ni mendengarnya pun dah naik muak. Orang sarawak cakap 'dah lejuk', hehe.. Memanglah seronok kalau kita berjaya ditawarkan untuk program yang sememangnya kita minta tetapi janganlah sampai terover excited sampai tidak ambil kesah tentang orang lain.

Saya akui... niat untuk menyambung belajar memang ada. Malahan, bila melihat kawan-kawan seangkatan dan sama waktu dengannya telah berjaya kita mesti 'terasa' jika kita pula tidak berjaya. Sedih memang teramat sedih. Masa itulah, seorang kawan yang sanggup menangis dan ketawa bersama amat diperlukan. Tetapi..tiada.

Dua tiga hari lepas, seorang kawan yang dapat saya sebutkan disini bernama 'C' telah meluahkan perasaannya berkaitan dengan PPG itu. Agak terkilan dan hati terasa sebak bila mendengar ceritanya. Lebih-lebih lagi dia adalah rakan karib. Janganlah cepat memandang rendah dan membuat penilaian negatif kepada seseorang jika semata-mata disebabkan dia tidak berjaya. Kerana kita belum tentu layak dikategorikan sebagai orang yang telah berjaya kerana kita baru sahaja berjaya ditawarkan. Mampu atau tidak andai suatu hari nanti kita teruskan pembelajaran itu dengan sempurna dan lulus dengan jayanya seperti orang lain yang telah berjaya. Belum tentu.





Harap-harap semangat untuk belajar yang ada sekarang tidak akan terputus ditengah jalan. Itu yang kita harapkan. Takut nanti ada yang berhenti ditengah jalan dan impian untuk menjadi seorang yang berkelulusan universiti hanya tinggal saki baki. Kerana dah terlalu banyak terjadi di depan mata mereka-mereka yang sudah setahun atau dua tahun belajar tiba-tiba berhenti dengan alasan yang macam-macam. Bayangkanlah, dalam masa itu berapa banyak masa, wang ringgit, penat lelah dan segala....telah kita habiskan. Belum lagi kita fikirkan tentang harapan orang tua kita dan impian sendiri yang hanya tinggal mimpi.


Berbalik kepada cerita rakan karib, 'C'.... Masa masih panjang dan peluang yang ada masih berkeping-keping di hadapan mata menunggu kita. Jangan mudah berputus asa dan jangan cepat mengalah dengan apa sahaja pandangan serta tohmahan yang dilemparkan terhadap diri kita. Nescaya itu semua ada hikmahnya. Kalau tahun ini bukan rezeki kita mungkin tahun depan adalah milik kita. Berusahalah selagi terdaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan