Jiran Baru

Geram dengan sikap jiran baru yang terlalu menyombong diri, berlagak seperti orang paling kaya di kampung ini. Dah lah tak reti nak menegur jauh sekali nak memberi salam, berlanggar bahu pun belum tentu nak bersedekah senyum, walaupun senyum kambing (senyum itu satu sedekah...walaupun senyum kambing, asalkan ikhlas.....).

** Ini keluhan sebilangan manusia yang ada di sekeliling kita bila berdepan dengan jiran baru yang tidak mesra alam.

Ramai yang tidak tahu antara sikap yang perlu ada jika kita baru pindah rumah. Tak kesahlah samada berpindah rumah baru di kampung, di bandar, flat, perumahan dan sebagainya...yang penting walau dalam situasai apa sekalipun kita mesti berkenalan lebih rapat dan mesra dengan jiran sebelah. Apalagi kalau kita itu adalah orang baru di tempat itu.






**Ada yang berlagak kaya, seperti merekalah orang yang paling kaya. Seburuk-buruk rumah orang sebelah tu, dia tetap jiran kita. Dan, kita tetap 'orang baru' dan jangan tidak sedar diri.

Ini tidak, baru dua tiga hari memijakkan kaki, tidur pun belum sempat lagi kat rumah baru tu, kata-mengata, tuduh-menuduh, sindir menyindir...semua dah timbul. Kita kenal ke jiran sebelah rumah tu? Tahu ke siapa jiran kita kat sebelah tu? Yang ketaranya, bila kita orang baru di tempat yang baru...kita mesti pandai-pandailah bawa diri. Jangan menyombong tak tentu pasal. Jangan memandai nak mengata itu ini tentang jiran kita. Tak elok menuduh tanpa usul periksa. Jangan sekali-sekali memfitnah dengan tidak munasabah. Subhanallah.

Bagaimana kita nak hidup berjiran ditempat orang sedangkan kita tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang-orang sekeliling kita. Sendiri mau ingat laa...kita orang baru kena mesrakan diri dengan orang-orang yang memang sudah lama kat situ. Bila kita menyombong diri, entah esok entah lusa...bila kita ada masalah mahu ke orang nak tolong kita?

Berfikir dan terus berfikir tanpa menemui jawapan yang tepat. Mendengar keluhan seorang kawan tentang 'jiran baru' menjadikan minda ini terdetik untuk menulis entri ini. Hairan, rupa-rupanya orang begitu masih wujud di muka bumi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan